Sabtu, 29 Oktober 2011

Aku Adalah Hamba-Mu Yang Lemah

http://cahayahatimu.blogspot.com/
Engkau kan tahu bahawa aku ini hamba-Mu, lemah

Hamba memanglah Engkau pun tahu lemah, kurang, hina, cuai, pelupa, malas dan culas 

Tuhan! 

Kuatkanlah aku dengan iman, muliakanlah aku dengan taqwa

Engkau kan berkuasa boleh buat apa sahaja

Siap siagakanlah aku setiap masa, berkhidmat kepada-Mu dan khidmat sesama manusia

Memanglah aku hamba-Mu cuai, pelupa, memanglah sifat hamba begitu
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Yang aku mahu ingatkanlah aku selalu

Jika lupa lagi, lalai lagi, ingatkanlah lagi aku ini

Begitulah harapanku pada-Mu selalu, wahai Tuhanku

Agar  aku membuat dosa aku bertaubat, buat lagi, bertaubat lagi

Engkau pun ampunkan dosa-dosaku

Maka jadilah aku macam tidak berdosa

Jika permintaanku itu Engkau tunaikan
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Kelemahanku itu tidak mencacatkan aku

Engkau pun boleh menerima aku sebagai hamba-Mu jika datang kepada-Mu,

Engkau alu-alukan dengan redha-Mu

Selamatlah aku di waktu itu
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Jika Engkau lakukan sebaliknya kecundanglah aku, celakalah aku di Akhirat kelak

Rabu, 26 Oktober 2011

Adab dalam pergaulan

http://cahayahatimu.blogspot.com/
Cintailah Allah takutilah Dia, kasihilah sesama manusia

Maaf-bermaafan sesama jadikan budaya

Yang miskin dibantu  yang kaya membantu

Rasa bersama dan bekerjasama perlu ada

Bertolak ansur di dalam pergaulan mestilah ada

Bertolong bantu sesama bertolak ansur di dalam kehidupan

Ziarah-menziarahi waktu perlu jangan ditinggalkan

Ia adalah di antara rukun masyarakat manusia

Tinggalkan sombong, mencari nama dan glamor

Kerana ia dilarang oleh Allah Tuhan kita

Orang benci, orang tidak suka, orang mengata

Hanya tersinggung, boleh membawa renggang sesama manusia
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Jauhilah dosa dan noda yang membawa ke Neraka

Tuhan benci, Tuhan murka manusia juga tidak suka

Buat baiklah sesama manusia sedaya upaya

Kerana itu boleh membawa kasih sayang dan mesra

Aib orang jangan dibuka bahkan ditutup
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Ia adalah satu sifat yang mulia lagi disuka

Menutup aib orang Tuhan akan menutup aib kita

Begitulah Tuhan menyuruh menutup aib sesama manusia

Isnin, 24 Oktober 2011

Lelaki..=)

http://cahayahatimu.blogspot.com/
LELAKI :

Tidak mengapa jika awak tidak kacak janji perangai awak kacak.
Tidak mengapa jika awak tidak putih janji hati awak putih berseri.
Tidak mengapa jika awak tidak kaya harta janji awak kaya dengan budi bahasa. Tidak mengapa jika awak tidak pandai berkata² janji awak jujur & tepati janji.
Tidak mengapa jika awak tidak pandai bernyanyi janji awak pandai membaca    al-Quran & selawat.http://cahayahatimu.blogspot.com/
Tidak mengapa jika awak tidak tahu bab artis atau hal duniawi janji awak tahu bab agama dan dapat bimbing keluarga mu ke jalan Allah swt.
Tidak mengapa jika awak terlambat berjumpa dengan kekasihmu janji awak tidak terlambat bertemu dengan Allah

Ahad, 23 Oktober 2011

Senyum...

•. Senyumlah andai dirimu dilukai •.
.♥ Senyumlah andai dirimu dilupai •.
•. Senyumlah andai dirimu dikhianati •.
•. Senyumlah andai dirimu ditindasi •.
. Senyumlah andai dirimu dibebani •.
•. Senyumlah andai dirimu disakiti •.
•. SENYUMLAH SAHABATKU •.• 


http://ustazahsakeenah.blogspot.com/

Ahad, 16 Oktober 2011

Sayangilah Ibu anda...

Ada mak, jaga baik-baik. Bukan tinggai kat rumah orang-orang tua

Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan.
http://ustazahsakeenah.blogspot.com/

Khamis, 13 Oktober 2011

11 GOLOGAN AHLI NERAKA




    11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. 


Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)

Selasa, 11 Oktober 2011

Untuk-mu Wanita

Satu helai rambut dilihat oleh seorang bukan mahram = Menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita......

2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 70000 patukan
... ... ... semua helaian rambut + semua lelaki bukan mahram = ??? patukan

:::Nazubillah. jagalah auratmu kaum Hawa, sebelum terlambat. Berdoalah supaya Allah S.W.T menjauhi kita daripada azab-Nya yg    cukup dahsyat.:::peringatan utk diri

Kebaikan Ayat Yasin....

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1.Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang
2.Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3.Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
 4.Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5.Jika terpenjara akan dibebaskan.
6.Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
 
7.Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
 
8.Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
 
9.Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
 
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
 
11.Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa   membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
 
12.Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
 
13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
 
14.Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
 
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

Isnin, 10 Oktober 2011

Ingin menjadi orang yang disukai ramai?



Bagaimanakah ingin menjadi orang yang disukai ramai?
Adakah dengan menjadi popular dapat membuatkan orang menyukai kita? Adakah dengan berkata-kata sahaja sudah mampu membuat orang terpesona dengan kita? Ataupun adakah dengan sentiasa menolong orang sehingga membiarkan diri kita ‘dipijak’ mampu memikat hati orang lain?
Sebahagian tip-tip untuk dikongsi bersama supaya ianya dapat memberi manfaat... kepada semua.
- Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah.

- Tunjukkan yang kita benar- benar berminat dan mengambil berat terhadap orang  lain.

- Ingat nama kerana orang akan berasa berbesar hati jika namanya diingati.

- Apabila bercakap dengan seseorang, cuba cari topik yang digemarinya.

- Jadi pendengar yang baik dengan menggalakkan orang untuk bercakap dengan anda.

- Cuba buat orang lain rasa dirinya penting dan bermakna. Lakukan dengan penuh ikhlas.

- Elakkan daripada bertengkar dan bertekak dengan orang lain.

- Hormati pendapat orang lain dan jangan sekali- kali mengkritik pendapat orang lain dan mengatakannya salah dan tidak boleh diterima akal.

- Jika kita bersalah, mengaku dan minta maaf. Jangan dikuasai ego sendiri.


Cuba sedaya- upaya untuk ‘meletakkan’ diri kita dalam diri orang lain. Percayalah, cara ini akan membolehkan kita akan lebih memahami seseorang. Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh kejujuran.

Antara Syaitan atau Malaikat

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan   Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca     pon.


~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Ahad, 9 Oktober 2011

Tak semestinya......

x semestinya semua org suka kita....
x semestinya semua org benci kita...
x semestinya semua org percaya kita...
x semestinya semua org faham kita....
x semestinya semua org perlukan kita...
x semestinya semua org ada untk kita...
  Berapa banyak tak semestinya yg anda pikirkan....yang pasti Allah sentiasa bersama walau dalam apa jua keadaan diri kita........
set diminda kita dan dihati kita semua "ALLAH always in my life"......♥♥♥

Peristiwa Mikraj



Neraka lagi panas.. insaf insaf. .-___- sedikit perkongsian antara peristiwa mik...raj
 

Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya

Semoga dengan sedikit kelebihan ini..walaupun hanya doddle,, di harap ia boleh memberi manfaat dan ilmu buat semua..

                                                         

Pesanan Saidatina Aisyah RA



Saidatina Aisyah RA pernah BERPESAN
"Sebaik-baik WANITA adalah yang tidak memandang dan dipandang"

 
~-- Jangan merasa BANGGA dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki..itu BUKAN KEMULIAAN..jika kau berasa bangga, menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh DIPIJAK dan DIMILKI siapa saja..muliakanlah dirimu dengan TAQWA setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.--~