Sabtu, 29 Oktober 2011

Aku Adalah Hamba-Mu Yang Lemah

http://cahayahatimu.blogspot.com/
Engkau kan tahu bahawa aku ini hamba-Mu, lemah

Hamba memanglah Engkau pun tahu lemah, kurang, hina, cuai, pelupa, malas dan culas 

Tuhan! 

Kuatkanlah aku dengan iman, muliakanlah aku dengan taqwa

Engkau kan berkuasa boleh buat apa sahaja

Siap siagakanlah aku setiap masa, berkhidmat kepada-Mu dan khidmat sesama manusia

Memanglah aku hamba-Mu cuai, pelupa, memanglah sifat hamba begitu
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Yang aku mahu ingatkanlah aku selalu

Jika lupa lagi, lalai lagi, ingatkanlah lagi aku ini

Begitulah harapanku pada-Mu selalu, wahai Tuhanku

Agar  aku membuat dosa aku bertaubat, buat lagi, bertaubat lagi

Engkau pun ampunkan dosa-dosaku

Maka jadilah aku macam tidak berdosa

Jika permintaanku itu Engkau tunaikan
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Kelemahanku itu tidak mencacatkan aku

Engkau pun boleh menerima aku sebagai hamba-Mu jika datang kepada-Mu,

Engkau alu-alukan dengan redha-Mu

Selamatlah aku di waktu itu
http://cahayahatimu.blogspot.com/
Jika Engkau lakukan sebaliknya kecundanglah aku, celakalah aku di Akhirat kelak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan