
Ada mak, jaga baik-baik. Bukan tinggai kat rumah orang-orang tua
Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita
supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan
supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun
perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
"Dan
rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua
sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.
"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang
baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang
bertaubat."
Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita,
berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main
dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti
dilakukan.
http://ustazahsakeenah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan